Friday, April 11, 2014

What's new in April 2014? :)


1. CC cream Sunscreen SPF 15






Okay lovelies! Ini adalah salah satu produk keluaran terbaru dalam Mary Kay. So mesti ramai yang ingin tahu, CC cream tu apa? BB cream pula apa? Haa bole confuse kan perlu pakai yang mana satu? mana lagi better? 

Jangan risau, saya akan explain kegunaan, kebaikan, perbandingan pakai BB & CC cream ni okay, sharing is caring kan! 

BB cream ni stand for beauty or Blemish Balm. Ia seperti all-in-one product tau. So for those yang selalu nak jimat masa or malas pakai serum, moisturizer, primer, foundation , sunblock and so on, it's okay. Pakai ni ja pun dah memadai ;) 

Best BB cream ni sebab dia bantu mengurangkan kilatan muka, cover cela2 bekas jerawat tu, permukaan kulit yang xsekata so, akan nampak natural la :) Tapi, xbest la kan, asyik tutup ja cela2 di muka ni, teringin juga kulit muka cantik, sehat after buang make-up & bb cream bagai ni. Oleh itu, walaupun BB cream ni all-in-one product, pakai ja moisturizer, serum , Sun protector semua tu sebab masing2 ada benefit sendiri. Ok? kena RAJIN! 

So sekarang keluar pulak CC cream.. alahai, banyak betul la produk. MESTI ada ja yang mengeluh macam tu, hahaha. Bawa bertenang kakak2, adik2 yang comel manis cantik jelita :D Biasala, beauty products, memang la macam2 benda ada, nak jaga kecantikan atau xnak? Kalau xmau, ruginya! hihi. 

Okay, CC cream ni stand for Color or Complexion Correcting. A bit sama macam BB cream, tapi CC cream ni lebih kepada anti-penuaan. Jadi, ia banyak menentang kedutan, age spots, uneven skin tone dan menghidratkan kulit muka. SPF di dalam CC cream selalunya lagi tinggi berbanding BB cream sebabnya, membantu lebih effektif dari sinaran matahari yang bahaya tu terus terkena ke kulit muka kita ni :)

CC cream sesuai dipakai sebagai base foundation sebab matte texture & less-oily so bila pakai muka akan nampak lagi cerah, bintik2 hitam pun dia bole cover juga, best!

Lepas ni kalau confuse nak beli & pilih mana satu yang better, try pilih yang paling sesuai dengan keperluan kulit muka kita. Kalau macam selalu nak cepat ja , xbanyak masa melaram , haaa pakai ja BB cream tu, senang hihi. Tapi kalau rasa nak prevent kulit dari cepat kedut, tapi still mahukan kulit yang cerah, lawa , bebas cela, ambil la CC cream. Extra benefits dalam tu!

P/s :  Marykay xda BB cream, CC cream ja yang paling latest! ;)

Okay, stay tuned. Ada lagi barang baru akan diupdate! :*